Wednesday 18 July 2012

L.A.T.I.H.A.N I.N.D.U.S.T.R.I

pejam celik pejam celik da 3 minggu berLI kt PPD ni. Sekejap je masa berlalu. Tapi asyik kebosanan je kat cni. Sume org sgt baik hati, sampai xde keje nak buat..huhuh. Nasib baik duk cni de kwn, sekurang-kurangnya xde la keseorangan+kebosanan sgt. Tapi yg bes duk cni, dpt jumpe cikgu2 sekolah dulu..staf2 kt unit ni pn sume baik2 belaka..hehehe

Ble la nk 24/8 ni..x sabar nk abes LI..hehehe ^-^

Thursday 8 March 2012

menanti & terus menanti

apa yg atikah nanti-nantikan sgt 2???
mestilah saat bila duit msk <tanya tp jwb sendiri plak..hehehe>
bila la en duit mau masuk dlm acc ku..
kini terpaksa la berlapar-lapar dahulu, berkenyang-kenyang kemudian <peribahasa baru ye>..huhuh

Friday 24 February 2012

life as a student :)

seminggu sudah lamenye berada du UPM tercinta...hehehe. Sekejap je da seminggu. Hopefully dis sem akan lebih baik dari sem2 sebelum ni :) . I'm quite free for dis sem, timetable sgt2 kosong (wat mse ni la). Ri Isnin juz 1 class, early in the morning. Thursday only 1 hour class. Rabu x bape nk bes coz sume class 1 jam bg subjek math jatuh pada ri Rabu. Jumaat pn x bes sgt, sebab ada class (dari 1st sem mcm ni-nseb kami student math pagi Jumaat mesti ada 1 class), tp nseb baik class pg. Boleh balik umah pas2..huhuh.
However, wlupn dis sem agak free tp sbjek sem ni agak susah. De 4 subjek math. Atikah kne study hard + smart nmpknye..
Btw, msk2 sem je da sibuk ngan tempat nk wat LI. Nape la susah sgt nk cri tempat ni?? :(. Doakanlah saya dapat tempat untuk LI ni ye..

Thursday 16 February 2012

Bercinta selepas kawin??

Td tgk Semanis Kurma. Tajuk die ‘BERCINTA SELEPAS KAHWIN’. Mcm menarik. Petikan salah satu kata-kata Ustazah Siti Norbahyah, “bercinta sebelum kawin memang indah, tetapi cinta selepas kawin lebih indah”. Kenapa?? Sebab selepas kawin kita akan menjalinkan hubungan yg halal bersama pasangan.
Akan tetapi kita haruslah sentiasa ingat, walau apapun cinta Allah itu adalah cinta yg paling agung yg harus kita dambakan melebihi cinta-cinta kita yg lain. Cinta Allah itu adalah CINTA AGUNG yg KEKAL ABADI.
Nk share tntg kelebihan cinta selepas kawin:
-terpelihara iman
-terpelihara kesucian cintanya
-dapat keberkatan daripada Allah
-dapat memelihara kesucian keturunannya
-lebih sikap tanggungjawab
Amalkan:
-surah al-hadid:3
-surah al-mujadalah:21

da nak abes cuti ^-^

da nk abes cuti da..mcm sekejap je. huhuh.
harap2 sem baru ni nanti lebih baik dari sem2 yg telah berlalu..
my bus ticket :)
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.


hopefully mse cuti ni kita telah manfaatkan sebaik mungkin.



hasil kerja waktu cuti ^-^


Monday 13 February 2012

HARI KASIH-SAYANG????

Hari kasih-sayang a.k.a VALENTINE DAY. Walaupun ditukar nama jd HARI KASIH-SAYANG tapi ianya tetap mende yg sme. Tanggal 14hb Feb setiap tahun tarikh ini akan diraikan di seluruh dunia. Akan tetapi bg umat Islam adalah haram untuk meraikan HARI KASIH-SAYANG ini. Pada tarikh ini biasanya akan disambut dengan pelbagai aktiviti yg ttidak bermoral sebagai contoh dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Pada mulanya hanya keluar bersama, seterusnya berpegangan tangan, peluk pinggang, ‘kissing’, dan seterusnya berlakulah zina antara mereka. 9 bulan kemudian kes-kes kelahiran bayi tidak sah taraf pula akan semakin meningkat, semakin banyaklah bayi-bayi tidak berdosa yang dibuang bagaikan sampah yg tiada nilainya oleh ibu-bapa yg tidak bertanggungjawab ini.


Ada individu yg berpendapat bahawa bagi pasangan yg telah sah bernikah, tidak salah untuk meraikan HARI KASIH-SAYANG ini. Akan tetapi bagi saya insan kerdil ini sama ada seseorang itu telah berkahwin atau belum menyambut HARI KASIH-SAYANG ini tetap haram. Bagi saya, mereka tidak perlu menetapkan sesuatu tarikh tertentu bagi mengekspresikan atau meraikan kasih-sayang antara pasangan itu. Akan tetapi jika mereka inginkan suatu tarikh yg lebih istimewa berbanding hari-hari biasa yg lain, mengapa tidak pasangan yg telah berkahwin ini mencari tarikh lain untuk menyambut HARI KASIH-SAYANG antara mereka dan pasangan masing-masing. Sebagai contoh mereka boleh memilih untuk meraikannya pada HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN mereka. Malah terdapat fatwa yg mengatakan bahawa haram bagi umat islam menyambut HARI VALENTINE (rujuk di sini). Apakah HARI VALENTINE itu sebenarnya???


Terdapat pelbagai versi cerita mengenai HARI VALENTINE ini. Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani, lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.



Dalam versi kedua, Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi ampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan putri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kartu yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.” Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama nashrani bersama 46 kerabatnya.”
Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropah, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan “Dengan nama Tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kartu ini.”
Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “Dengan nama Tuhan Ibu” dengan kalimat “Dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.
Versi lain mengatakan St.Valentine ditanya tentang Atharid, Tuhan perdagangan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter, Tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab Tuhan-Tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya Tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih. Bahkan saat ini beredar kartu-kartu perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengitari gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya merupakan lambang Tuhan cinta bagi orang-orang Romawi.

Walau apapun versi sejarah disebalik sambutan ini, bagi Muslim, untuk meraikan hari ini adalah tetap haram. Walaupun perkara ini kelihan remah, tetapi impaknya besar. Hal ini kerana ianya melibatkan soal akidah kita sebagai seorang muslim. Kita tidak perlu menetapkan sesuatu tarikh tertentu bagi meraikan HARI KASIH-SAYANG ini tetapi sebaliknya kasih-sayang haruslah sentiasa disuburkan dan diraikan setiap hari, setiap masa, 24/7.  




Saya bukanlah seorang insan yg sempurna akan tetapi marilah kita saling berpesan-pesan antara satu sama lain dan berusaha untuk melakukan pengislahan dalam kehidupan kita. Sama-samalah kita berusaha mencari MARDHATILLAH  

Friday 10 February 2012

الحمدلله

br lpas cek result..Alhamdulillah. walaupun x mencapai target tp ok la. tahniah & gudluck tuk exam2 akan datang diucapkan kpd diri sendiri :)

Friday 3 February 2012

~cuti~

Bosan plak duk umah xde wat pe. So, mgu lepas saya n adik yg kebetulan cuti sempena CNY try wat apam polka dot. Ni la hasilnya. Tapi apam kami ni serba kekurangan, xde inti kt dalam. Semua jenis filling da xde..hehehe. Tapi bagi amatur seperti kami berdua ni, hasilnya boleh tahan la..rase die pn ok la (puji diri sendiri plak sy ni kn…hehehe)




 wlu pn x bape nk comey tp bole la tuk bdk br blajar cm sy ni..hehehe

Thursday 2 February 2012

status???????

My first topic nk cakap pasal ape ye??? status la..firstly, tahniah tuk kawan-kawan sume yg telah berubah status dr single(macam saya) kepada tunangan org, isteri org, n ada juga yg bakal bergelar ibu n ada gak membe2 yg da jd ibu..tahniah2!!! saya tumpang gembira tuk kalian sume..semoga perhubungan kalian dengan pasangan masing-masing diberkati Allah & berkekalan sampai ke syurga hendaknya. Bagi yg masih single macam saya jgn la bersedih.  Jodoh itu adalah ketentuan dari Allah. Mungkin belum sampai jodoh kita, jika tidak berkahwin lgsg pn mungkin itu yg terbaik untuk kita. Allah maha mengetahui. Mungkin sesuatu yg berlaku itu tidak baik bagi kita tetapi natijahnya terdapat hikmah disebalik setiap sesuatu yg Allah tentukan itu.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. 

Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

 Contohnya, sebagai pelajar kadangkala kita sedih kerana mendapat keputusan yg tidak seperti yang kita mahukan dalam peperiksaaan atau test, quiz etc. biasanya kita akan berasa sedih tetapi kita lupa setiap ape yg Allah tentukan itu ada manfaat atau hikmah disebaliknya. Ada antara kita merasakan ianya tidak adil kerana telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tetap mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan. Natijahnya mungkin jika kita mendapat keputusan yg lebih baik kita akan menjadi leka dan berbangga dgn keputusan itu tetapi dengan keputusan kita yg kurang cemerlang ini kita akan melipat kali gandakan usaha kita dan menjadi lebih bersemangat untuk lebih berusaha keras mencapai matlamat kita. Contoh lain, ada seorang wanita yg cemburu dgn rakan-rakannya yg lain kerana mereka mempunyai rupa paras yg lebih cntik, kulit putih, cantik, cutting badan yg cantik, kurus, tinggi. Wanita ini sering membanding-bandingkan diri nya dengan rakan-rakannya yg lain. Dia berasa sedih kerana rakan-rakannya yg ‘hot’ ni mempunyai ramai peminat, mempunyai bf dll sedangkan dirinya tidak popular di kalangan para lelaki. Wanita ini menjadi sedih n x bersyukur atas apa yg Allah berikan kepadanya. Die lupa bahawa rakan-rakannya yg cantik n ‘hot’ ini mempunyai pelbagai perkara yg perlu mereka jaga dari segi social mereka dengan ajnabi mereka. Oleh kerana wanita ini mempunyai kekurangan dari segi fizikalnya, die kurang terdedah dgn dosa-dosa seperti couple etc. sesungguhnya setiap perkara @ kejadian yg dijadikan oleh Allah itu mempunyai hikmah disebaliknya. Oleh itu sebagai manusia kita haruslah sentiasa bersangka baik dengan Allah dan bersyukur dengan setiap apa yg ditentukan oleh-Nya 


:: marilah kita sama-sama memperbaiki diri & sentiasa bersyukur dengan apa yg ditentukan oleh Allah kepada kita 


Tuesday 31 January 2012

A.S.S.A.L.A.M.U.A.L.A.I.K.U.M

Wow! Atikah berblogging la..hahahah

Actually tak tau nk tulis ape sebenarnya. Saya bukanlah org yg jenis yg suka share my personal life ngan org. what I feel, what I like, who I admire, etc. for me only I know this kind of things, segan nk citer n nk share ngan org lain.. tapi blog ni wujud tuk isi masa lapang sebenarnye. Ada org kte menulis ni salah satu terapi yg baik tuk kita. Kenapa???? Sebab, kita boleh meluahkan ape yg kite rasa melalui tulisan. Oleh sebab saya rase malu nk bercerita, x salah rasanya kalau menulis…hehehe. Kadang-kadang penat jugak nk simpan sume yg kita rasa sorang2. Melalui menulis saya dapat jugak la luahkannya. Maybe melalui blog ni dapat jugak la saya kurangkan tension n kongsi kisah saya ngan org lain J