Thursday, 2 February 2012

status???????

My first topic nk cakap pasal ape ye??? status la..firstly, tahniah tuk kawan-kawan sume yg telah berubah status dr single(macam saya) kepada tunangan org, isteri org, n ada juga yg bakal bergelar ibu n ada gak membe2 yg da jd ibu..tahniah2!!! saya tumpang gembira tuk kalian sume..semoga perhubungan kalian dengan pasangan masing-masing diberkati Allah & berkekalan sampai ke syurga hendaknya. Bagi yg masih single macam saya jgn la bersedih.  Jodoh itu adalah ketentuan dari Allah. Mungkin belum sampai jodoh kita, jika tidak berkahwin lgsg pn mungkin itu yg terbaik untuk kita. Allah maha mengetahui. Mungkin sesuatu yg berlaku itu tidak baik bagi kita tetapi natijahnya terdapat hikmah disebalik setiap sesuatu yg Allah tentukan itu.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. 

Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

 Contohnya, sebagai pelajar kadangkala kita sedih kerana mendapat keputusan yg tidak seperti yang kita mahukan dalam peperiksaaan atau test, quiz etc. biasanya kita akan berasa sedih tetapi kita lupa setiap ape yg Allah tentukan itu ada manfaat atau hikmah disebaliknya. Ada antara kita merasakan ianya tidak adil kerana telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tetap mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan. Natijahnya mungkin jika kita mendapat keputusan yg lebih baik kita akan menjadi leka dan berbangga dgn keputusan itu tetapi dengan keputusan kita yg kurang cemerlang ini kita akan melipat kali gandakan usaha kita dan menjadi lebih bersemangat untuk lebih berusaha keras mencapai matlamat kita. Contoh lain, ada seorang wanita yg cemburu dgn rakan-rakannya yg lain kerana mereka mempunyai rupa paras yg lebih cntik, kulit putih, cantik, cutting badan yg cantik, kurus, tinggi. Wanita ini sering membanding-bandingkan diri nya dengan rakan-rakannya yg lain. Dia berasa sedih kerana rakan-rakannya yg ‘hot’ ni mempunyai ramai peminat, mempunyai bf dll sedangkan dirinya tidak popular di kalangan para lelaki. Wanita ini menjadi sedih n x bersyukur atas apa yg Allah berikan kepadanya. Die lupa bahawa rakan-rakannya yg cantik n ‘hot’ ini mempunyai pelbagai perkara yg perlu mereka jaga dari segi social mereka dengan ajnabi mereka. Oleh kerana wanita ini mempunyai kekurangan dari segi fizikalnya, die kurang terdedah dgn dosa-dosa seperti couple etc. sesungguhnya setiap perkara @ kejadian yg dijadikan oleh Allah itu mempunyai hikmah disebaliknya. Oleh itu sebagai manusia kita haruslah sentiasa bersangka baik dengan Allah dan bersyukur dengan setiap apa yg ditentukan oleh-Nya 


:: marilah kita sama-sama memperbaiki diri & sentiasa bersyukur dengan apa yg ditentukan oleh Allah kepada kita 


No comments:

Post a Comment